'pleaseeeeeeeeeeeeeeee update!'
Dia tersenyum membaca mesej itu. Senyumannya semakin lebar setelah dia melihat nama pengirim mesej tersebut. Dia berasa geli hati dengan sikap kawan karibnya itu.
---------------------------------------------------------------------------------------------------
SETELAH membeli air batu campur di kantin, dia pergi ke kelas rakannya, Mimie. Dia mengambil tempat di sebelah Mimie lalu memakan air batu campur yang dibelinya tadi. Tiba-tiba..
'Ahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!' matanya terkelip-kelip melihat air batu campur yang telah tumpah di atas tudungnya.
'Ya Allah Didie! Habih tudung Didie cemar...'
'Tudung Didie takpo... Ni tempat sapo ni? Habih cemar bowoh mejo dio'
Mimie tidak menjawab soalannya. Mimie tak dengar kot... gumamnya sendirian.
'Mimie, ado mop dok eh?' Dia bertanya. 'Ado tuh' jawab Mimie sambil menjuihkan bibirnya ke arah mop yang tersandar di dinding di belakang kelasnya. Nadiah berasa lega. Dia segera ke belakang kelas 1 Ummu Kalsum. Baik sapuh dulu cincau atah lantai fikirnya. Dia mengambil penyapu dan penyodok. Sejurus selepas itu, dia menyapu cincau yang bertaburan di bawah meja. Kemudian, dia ke luar kelas untuk membuangnya ke dalam tong sampah.
'Bakpo awok dok nyapuh sini?'
Dia tersentak dengan teguran itu. Dia berpaling ke belakang dan melihat Cikgu Suzuki sedang berdiri di belakangnya.
'Eh? Takdok eh. Sayo dok nyapuh.. Ermmm... Hehe. Adola..'
Cikgu Suzuki mengelengkan kepalanya dan berlalu pergi sambil dibuntuti oleh tiga orang anaknya yang baru sahaja dijemput dari sekolah. Nadiah tersenyum sendirian.
Setelah mengemop lantai, Nadiah mengajak Mimie ke kelasnya iaitu Dewan Nik Yahya kerana latihan Choral Speaking akan diadakan di situ. Apabila sampai di kelasnya, dia ternampak sepaket biskut Julies yang sudah tinggal separuh.
'Amirah suroh awok perabih biskut tuh', kata Amalien yang sedang duduk di belakangnya. Nadiah tersenyum. Hatinya tersentuh dengan pemberian rakannya itu. Memang dia gemar sekali memakan biskut Julies yang berperisa keju itu. Dia mencapai biskut itu lalu melabuhkan punggungnya di sebelah Amalien.
Setelah menghabiskan biskut itu, dia bertanya kepada Amalien, 'Makey gapo tu?' Amalien menjawab, 'Makey roti nga jem. Nok?' 'Hmm... buleh jugok!' 'Awok keno perabih tau. Sayo toksey doh,


kata Amalien sambil menghulurkan rotinya. Nadiah menyambut roti tersebut dengan senyuman di bibirnya.'Amalien, awok nok dok air ni?' Malia mencelah sambil menunjukkan air milo di tangannya kepada Amalien.
'Tokse sayo,' balas Amalien.
'Bagi sayolah,' sampuk Nadiah dengan muka tidak tahu malunya.
'Hmmphh. Nadiah semo bendo makey,' usik Amalien.
Nadiah tersenyum simpul mendengar usikan rakannya itu. Malia menghulurkan air milo yang masih berbungkus itu kepadanya. Sekali lagi Nadiah tersenyum menyambut pemberian rakannya.
'Didie minum sore air tingga separuh doh'
Hampir sahaja tersembur air milo yang sedang diminumnya apabila ditegur oleh Mimie. Kelihatan Mimie sedang tersenyum-senyum melihatnya. Tiba-tiba kedengaran suara Kak Fadhilah, 'Okay Choral Speakers, on stage now.' Nadiah menghabiskan air milonya lalu bergegas naik ke atas pentas.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Wakakakakkaa
Didie tok sega lah mano hari ni sero..
ROFL
1 comment:
ahhh geli hati eh? xbalas2 pom
ish3
Post a Comment