Sunday, August 29, 2010

a week before school hols.

Salam :)

Yo yo yo wassupp berasap??! Eh bulan puasa tak ingat. *cough cough* Kaifa haalukum ? :) I'm doing great for now. Alhamdulillah.

2 days back, on Friday, I went to meet Farah Eliessa at Masjid Annur. Hikhik. She lent me Versus. Seriously, that book is something out of this world. Tengokla author dia sape kan.. Haha. It kept my eyes wide open all night. Selalunya mengantuk bukan main lagi. Kejap je dah khatam buku tu. Muahahaa. Arigatou Farah~

That night, we went to pasar Wakaf Che Yeh. Crowded sangat-sangat okayy. Grrr i hate crowded places. Asyik kena mengelak je takut langgar orang. Didn't buy anything pun.. teman Adlin beli tudung. Haihhh. Nanti nak beli tudung untuk diri sendiri pulak. Ngee~ Bila nak balik, nampak seorang mamat yang familiar. Haha I can't believe I bumped into him. Mamat yang jumpa setahun sekali. Mamat yang selalu ada kat tournament taekwondo. Mamat hensem dan agak cool. But I never talked to him and don't even know his real name pun.. Nickname tahula kot. Ngeh3. Antisocial. That's what my sisters always call me. Macam takde keje lain je nak pegi borak dengan dia =.=" Masa nampak dia tu buat tak tau je. Buat macam tak kenal. Takkan la nak pegi tegur, aku tak kenal dia, dia pun tak kenal aku. Nanti dua-dua at loss for words. Buang masa pulak tu. Ok dah fullstop. Agak-agak next year jumpa dia tak? HAHA. Tadi kata fullstop.

Tadi pergi klinik gigi! Ada appointment untuk pakai braces. Everything went well I guess. Next appointment is on October. Adoiii banyak sungguh process.

This week is going to be a busy week. Nak settlekan order-order biskut. Hik hik. Tak sabarnya nak cuti!~

Hari ni dah takleh puasa. Huehue sedihnyaaa. Nasib baik Quran dah khatam. Alhamdulillah :)


Jangan risau, taknak buang masa korang dah. Saja je nak update pasal life sekarang. Hehe.



Love,

Thursday, August 26, 2010

Kisah hari ini.

Salam to all Muslims :)

Tadi Mama Tasha kasi chocolate tau. Alhamdulillah, rezeki bulan Ramadhan. It's so obvious that she likes me. Haha. Entah-entah kalau boleh nak amek saya jadi menantu kot. Tapi anak dia semua girls. Hak hak.

Lepas solat Zohor tadi, pegi tunggu kat pagar. Lepas tu dengar hon kereta yang rentaknya familiar. Pon pon pooooooooon! Bila toleh ke kiri, ada mama Tasha. Dah agak dah.. Saya pun senyum la kat Mama dia. Tak lama lepas tu, datanglah cik Tasha terkedek-kedek jalan sambil pikul beg. Dia cakap bye, saya pun bye balik. Dia masuk kereta. Lepas tu tengok-tengok dia dah keluar balik kereta.

Kat tangan dia ada sebuah kotak yang agak fancy. Sel-sel dalam kepala hotak pun start buat hypothesis sendiri.

"Didie, I have something for you :) "

"Adoiilaa Tasha...Why do you always have something for me??"

Secara automatik kotak fancy tersebut bertukar tangan. Kotak chocolate rupanya. Lepas tu saya cakap thank you and kirim salam kat Mama dia. Tasha senyum lepas tu dia pun pegi.

Lepas Tasha pegi, saya pun pegi la simpan chocolate tersebut dalam beg. Kalau buat tak tahu je, macam tak appropriate la pulak. So saya pun pegi la lambai kat Mama Tasha, tanda terima kasih. Hehe.

Bila kereta diorang dah gerak, tiba-tiba rasa menyesal pasal sesuatu. Masa Tasha bagi chocolate tu, kenapa la saya tak bermadah bicara, berkias-kiasan dulu..Barula tok napok jjela bak kato ore klate. Selalunya kan orang akan cakap, "Eh menyusahkan awak je" ataupun pura-pura taknak terima. Haha gila plastik. Ini tak, dia kasi, saya terus amek. Macam dah standby dari tadi je. Tak sopan betol laaa hishhhh *garu-garu kepala dgn laju*



Oh oh, tadi kat dalam kelas my classmates ada la main satu game ni. Kita letak jari , suka hati berapa pun lepas tu kira a-z. Tengok la berhenti kat huruf apa. Lepas tu kena sebut nama negara yang start dengan huruf tersebut. Sape yang tak sebut nama mana-mana negara kena jentik. As simple as that. Permainan budak-budak je. Haha.

Qhira ialah si pengira tadi.

" A B C D E F G H I ! "

India! Italy! Iraq! Ireland! Iceland!

Lepas tu ulang balik. Dalam salah satu round yang kitorang main tu..

" A B C D E F G H I J K L M N O! "

Obama! Osama!

HAHAHAHA. *ROFL* main cakap je korang ni xD



Dahlah. Nak chow dulu. Maaf post adalah sangat ganjil sebab mood hari ini adalah ganjil. Macam la korang tak biasa kan? xD


Sunday, August 15, 2010

Berusaha membetulkan niat. Yosh!

Salam kepada semua :)

Semalam saya pegi terawih pakai glasses tau woot woott xD

Mungkin Allah nak tunjuk kot yang niat saya tu tak betul. Korang tahu tak apa yang jadi? Mestilah tak tahu kann. Haha meh nak kasi tau.

IMAM HENSEM TAK DATANGG!

Sedihh wooo. Nak dijadikan cerita pulak, ada sorang makcik ni bawak anak dia datang masjid. Anak dia ni pulak kecik lagi, takleh nak duduk diam. Masa nak solat, saya letak la glasses kat depan saya atas sejadah. Anak makcik tu pulak, pegi main-main dengan glasses saya masa kitorang tengah solat. Mana tak khusyuk solat ! Fuhh. Nasib baik la tak patah -.-

Dengan rasminya saya telah insaf. Lain kali nak pergi terawih niat Lillahitaala bukan sebab benda lain. Ape bende la engko nihh buat malu muka je.

Ehh ehh korang, tahu tak tadi kat sekolah ada orang cakap dia dengar suara saya dalam radio Kelantan. What theee ?? Dia dengar dalam radio ada orang mengaku yang nama dia T. N. L dari SMKA Naim Lilbanat. Apakah maksud semua ini??!!


Nampaknya bulan puasa ni banyak betul post yang ganjil. Harap maaf lah ye.



Wallahualam.


Saturday, August 14, 2010

Ahlan ya Ramadhan :)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Waridhwaana Wamaghfirah.

Fuhh. First time bagi salam panjang-panjang. Jawab jangan tak jawab. Ustaz jawab kalau orang bagi salam, kita kena jawab lagi panjang. Sebab nak kejar pahala. Haha. Nak jawab apa entah yang lagi panjang daripada yang kat atas tu. Saya pun tak tahu X)

Hari ni dah 4 Ramadhan kan? Alhamdulillah. Setakat ni saya tak tinggal puasa lagi. Harap-harap tahun ni dapat puasa penuh, sempat khatam Quran and pergi terawih tiap-tiap malam. Macam yang orang lain selalu cakap, semoga Ramadhan tahun ni lebih baik daripada tahun lepas. Ya Allah, bila difikirkan sedih pulak mengenangkan Ramadhan tahun lepas. Puasa 15 hari je. Khatam Quran tak sempat. Pegi terawih boleh kira dengan jari je. Haihh. Cuma bisnes je yang semakin maju. A'ah la lupa pulak. Harap-harap bisnes tahun ni lagi maju daripada tahun-tahun yang lepas. Amiin. Hehehe. Jangan sampai tak ingat Tuhan sebab biskut punya pasal sudah. Haha.

Before I proceed, I want to warn you that this post might bore you. So I'm suggesting you press Alt+F4 before you doze off on your keyboard. Thank you :D

Entah kenapa, bulan puasa tahun ni rasa lain je daripada yang sebelum ni. Mungkin lebih keberkatan agaknya. Kat sekolah, jalan pergi mana-mana pun nampak orang baca Quran. Paling kurang pun, diorang tengah pegang Quran. Tapi tak kurang jugak yang sedang mengilai-ngilai sampai tak ingat dunia. Haihh. Masa on the way nak pergi sekolah, ternampak seorang student ni tengah baca Quran tepi jalan. Sejuk je hati tengok dia. Keesokan harinya nampak lagi dia. Masih lagi berbuat benda yang sama :) Barakallahufiik.

Start daripada malam pertama Ramadhan, saya pergi terawih dengan Opie. Fuhh, serius tak pernah lagi pergi terawih masa first night. And tak pernah lagi pergi terawih berdua dengan Opie :) First night pergi berdua. Second and third night bertiga dengan Adlin. Fourth night satu rumah pergi termasuk Adlin. Sebenarnya Adek pergi sebab ada udang di sebalik batu. Nak cari Ngiau yang hilang. The night before, Ngiau ikut kitorang pergi masjid. Haihh. Ingat kan reti balik sendiri rupanya tak. Entah pape la Ngiau ni. Sampai kitorang kena pergi cari dia. Bila dah jumpa, kitorang hantar la dia balik. Bila nak pergi masjid semula, dia ikut kat belakang lah pulak... Manja betul la kucing nih =.=

Terawih, terawih jugak. Tapi kalau dah gatal tahap kena gigit nyamuk seluruh badan tu, memang takleh control ahh. Adeyh, entah apa lah yang Syaiton dah bisik sebelum kena ikat. Eh jap, gatal yang dimaksudkan ialah figuratively. Ngeh ngeh ngeh.

Nak buat macam mana ? Imam dan co-Imam hensem. Suara sedap pulak tu. Muda lagi, bukan ayam tua. Hahaa. Aisehh kurang pahala aku. Tapi nasib baik pegi terawih tak pakai glasses. So, eyesight kureng la sket. Kalau tidak memang kerja menghendap tak sudah. Malam ni, nak pergi terawih pakai glasses boleh tak? XD

Korang pergi terawih ada tak Imam yang muda lagi hensem ? :P

Dahla tu. Daripada buang masa menghadap komputer baik pegi beribadat buat pahala.


Wassalam,