Monday, November 30, 2009

Hari Raya Korban yang Bermakna

Memandangkan Hari Raya Korban pada tahun ini jatuh pada hari Jumaat, penyembelihan lembu korban terpaksa kami tunda pada hari yang berikutnya iaitu pada hari Sabtu untuk mengelakkan kekalutan daripada berlaku.

Pada tanggal 10 Zulhijjah 1430 Hijrah, Saya dan keluarga saya menikmati Nasi Dagang buatan Tokwe yang sungguh lazat sebagai sarapan.

............

Okay that's it. Enough Bahasa Melayu baku. Rojak lagi best.

Where were we just now? Ohh, back to our story.

Selepas kami bersarapan, kitorang pergi melawat Tokku di rumahnya kat Jalan Telipot. Kat sana, kitorang borak2 pastu tengok tv kejap. And then, saya, cik Sopiah dan Tuanku Nur Zahirah ke luar rumah Tokku untuk sesi fotografi.

Rumah Tokku <3

My second Kampung :D

Posing depan Ben 10 in disguise (9+1=10)

=.="

Tokku yang kami sayangi <333


Pada hari berikutnya pulak, or in other words Hari Penyembelihan, kelihatan seekor lembu malang yang hitam legam telah ditambat di sebatang pokok kelapa. Saya intai lembu tu disembelih ikut tingkap je. Maklumlah, rumah Tokwe saya kan seberang jalan je. Lagipun, saya tak mandi lagi. Hehe.

Lepas dah siap mandi, pakai uniform bekerja iaitu T-shirt dan seluar saya terus pegi rumah Tokwe sebab perut dah lama berkeroncong, berdangdut, berjoget semua dah untuk breakfast. Breakfast pada hari tersebut ialah Mee Kari yang baru 1st time dibuat oleh Mama. Tetapi malang sekali saya tak boleh nak makan banyak sebab Mee Kari tersebut akan dihidangkan kepada sidang penyembelih lembu yang terhormat.

Bagi saya, Raya Haji tahun paling best sebab saya rasa puas sangat bila makan daging korban. Kenapa rasa puas? Sebab tahun ni Yours Truly lah yang membakar daging-daging korban tersebut. Bukannya bakar semua pun.. Sebahagian je. But i'm not taking all the credit alone, sebab saya membakar dengan 2 orang lagi sepupu saya termasuk kanak-kanak bawah umur yang sibuk nak kipas api dan diawasi oleh seorang Bibik Indon. Hahaa. Sungguh irony. Selalunya kalau Raja Haji, saya bukannya buat apa pun. Asyik dok tengok org laen buat keje je. Nak tolong potong bawang, jangan harap la mak-mak sedara nak bagi. Kalau nak membakar, dah ramai lah pulak pembakar. Tapi tahun laen sket, sbb pembakar dah hilang entah ke mana.

Bila dah penat membakar, kena asap, mestilah nak makan pulak kan? Daging bakar cicah air asam = Lazat hingga menjilat jari. Fuhh! Barulah rasa puas bila makan daging korban. Ditambahkan pulak dengan berkat pengorbanan lembu hitam legam tu jadi semakin sedap, enak dan lazat lah jawabnya.

Oh, lupa plak nak bagitahu. Rutin tahunan Keluarga Haji Mahmud (Sila ambil perhatian bahawa beliau ialah Tok ayah saya bukan ayahnda saya) setiap Raya Haji ialah bergotong-royong memasak daging korban. Entah btol ke tidak frasa yang saya cakap ni. Abaikan je la.

Seperti tahun-tahun yang terdahulu, Keluarga Haji Mahmud akan terbahagi kepada beberapa golongan.

Para bapa sedara akan menolong Tukang Penyembelih untuk menyembelih lembu. Setelah lembu disebelih, mereka akan mengerat daging-daging lembu tersebut dan memberikannya kepada mak-mak sedara kat dapur pulak. Golongan bapa sedara ni dibantu oleh sepupu-sepupu lelaki.

Sepupu-sepupu lelaki ni, keje diorang tolong bapak diorang lah. Pastu satu lagi keje yang diorang memang nombor 1 lah bila buat : MAKAN.

Mak-mak sedara yang ada kat dapur pulak akan memasak daging-daging korban. Sebahagian daripada daging tersebut akan dimasak sup dan sebahagian yang lain pula akan diperap kemudian dibakar.

Anak-anak dara pulak akan tolong mak-mak sedara memotong bawang dan sayur-sayur lain untuk membuat air asam. Lepas daging dah siap dibakar, diorang ni akan hiris daging-daging tersebut untuk semua orang makan.

Golongan pra remaja macam saya pulak, sibuk membakar kat belakang rumah. Selalunya, orang yang membakar lah orang paling last yang dapat makan. Bila nak makan je dah habis kena sapu anak-anak teruna. Pastu kena tunggu la daging lain masak. Kadang-kadang kena marah sbb daging tak cukup masak. Pastu, bila api padam lagi susah. Nasib baeklah, ada jugak ank2 teruna yang berbaek hati nak tolong hidupkan api balik. E'eh terlebih cakap la pulak. Itulah yang berlaku masa saya membakar daging. Kalau masa org2 yang terdahulu, tak tau dan tak ambek tau la pulak. Kih3.


Asap yang berkepul-kepul

Ohh.. Sungguh lazat.

Kanak-kanak ribena pon ada jugak tugas yang tersendiri iaitu : buat bising. Diorang ni tak penat-penat main kejar-kejar sekeliling rumah. Kadang-kadang annoying jugak tapi at the same time, best sebab rasa meriah dengan kebisingan suara diorang.

Rasanya dah panjang lebar saya berceloteh. Sampai kita bertemu di lain waktu pula ye!



Sekian, Wassalam.

No comments: