Tuesday, June 8, 2010

Siso ? Sanggo ?

Assalamualaikum :D

Hello sidang pembaca sekalian . Bertemu lagi kita pada hari ini nampaknya ye.

Merujuk title, adakah anda-anda semua tahu apakah benda-benda tersebut? kalau anda bukan orang kelantan memang tidak menjadi suatu kehairanan jika anda tidak mengerti tetapi jika anda ialah orang kelantan, sila malu dengan diri sendiri kalau tak tahu. Wakakaka.

Eh jap, btol ke perkataan kat atas tu dalam loghat kelantan? ke I yang pandai-pandai buat fakta sendiri? ahh lantak lah. hahaa. untuk pengetahuan sesiapa yang tidak tahu, siso bukan bermaksud sisa makanan dan sanggo pula bukan bermaksud cucuk sanggul. Dua-dua perkataan tersebut berkongsi maksud yang sama iaitu.... Doorgift! Hahaa. Entah pape laa I nih.

Bukannye apa, hari ni sibuk dengan operasi menge-pack doorgift laa sampai I tak sempat nak buat homework. Ececece salahkan doorgift plak. Bila malam, nak tgk tv.. tak syok la kalau tgk tv sambil buat homework.. hahaa. Tadi tgk cerita New Police Story yang sememangnya sudah tidak berapa baru. Suka sangat cerita tu sebab dia membawa banyak makna. Tak tau macam mana nak explain. Dari awal sampai la akhir cerita tu, ada makna yang sangat mendalam sehingga menusuk kalbu. Ok dah. I dah mula merapu dah ni.

Tak sabarnya esok nak pegi melawat Ustazah Zee kat hospitalll. Nak jumpa alya and alia.Mymy memang dah selalu jumpa. Hahaa jahat gila. Esok pegi rumah Tokku, pastu Mymy datang amek. Ustazah Zee masuk hospital sebab tunggu masa nak bersalin, tapi belum lagi bersalin. Hahaa. Dua tahun yang lepas, kitorang pegi wedding dia, sekarang ni dia dah nak bersalin. Ada perasaan yang tidak dapat digambarkan :)

Nak pegi dah ni. Sorang-sorang kat tingkat bawah. Kalau difikirkan seram jugak sebenarnya. Wakakakaa. Jangan marah I guna bahasa skema. Saja-saja tukar selera . Ngakakaka. Ok baik stop sebelum makin banyak merepek.


Yours truly,

No comments: