Fuhh. First time bagi salam panjang-panjang. Jawab jangan tak jawab. Ustaz jawab kalau orang bagi salam, kita kena jawab lagi panjang. Sebab nak kejar pahala. Haha. Nak jawab apa entah yang lagi panjang daripada yang kat atas tu. Saya pun tak tahu X)
Hari ni dah 4 Ramadhan kan? Alhamdulillah. Setakat ni saya tak tinggal puasa lagi. Harap-harap tahun ni dapat puasa penuh, sempat khatam Quran and pergi terawih tiap-tiap malam. Macam yang orang lain selalu cakap, semoga Ramadhan tahun ni lebih baik daripada tahun lepas. Ya Allah, bila difikirkan sedih pulak mengenangkan Ramadhan tahun lepas. Puasa 15 hari je. Khatam Quran tak sempat. Pegi terawih boleh kira dengan jari je. Haihh. Cuma bisnes je yang semakin maju. A'ah la lupa pulak. Harap-harap bisnes tahun ni lagi maju daripada tahun-tahun yang lepas. Amiin. Hehehe. Jangan sampai tak ingat Tuhan sebab biskut punya pasal sudah. Haha.
Before I proceed, I want to warn you that this post might bore you. So I'm suggesting you press Alt+F4 before you doze off on your keyboard. Thank you :D
Entah kenapa, bulan puasa tahun ni rasa lain je daripada yang sebelum ni. Mungkin lebih keberkatan agaknya. Kat sekolah, jalan pergi mana-mana pun nampak orang baca Quran. Paling kurang pun, diorang tengah pegang Quran. Tapi tak kurang jugak yang sedang mengilai-ngilai sampai tak ingat dunia. Haihh. Masa on the way nak pergi sekolah, ternampak seorang student ni tengah baca Quran tepi jalan. Sejuk je hati tengok dia. Keesokan harinya nampak lagi dia. Masih lagi berbuat benda yang sama :) Barakallahufiik.
Start daripada malam pertama Ramadhan, saya pergi terawih dengan Opie. Fuhh, serius tak pernah lagi pergi terawih masa first night. And tak pernah lagi pergi terawih berdua dengan Opie :) First night pergi berdua. Second and third night bertiga dengan Adlin. Fourth night satu rumah pergi termasuk Adlin. Sebenarnya Adek pergi sebab ada udang di sebalik batu. Nak cari Ngiau yang hilang. The night before, Ngiau ikut kitorang pergi masjid. Haihh. Ingat kan reti balik sendiri rupanya tak. Entah pape la Ngiau ni. Sampai kitorang kena pergi cari dia. Bila dah jumpa, kitorang hantar la dia balik. Bila nak pergi masjid semula, dia ikut kat belakang lah pulak... Manja betul la kucing nih =.=
Terawih, terawih jugak. Tapi kalau dah gatal tahap kena gigit nyamuk seluruh badan tu, memang takleh control ahh. Adeyh, entah apa lah yang Syaiton dah bisik sebelum kena ikat. Eh jap, gatal yang dimaksudkan ialah figuratively. Ngeh ngeh ngeh.
Nak buat macam mana ? Imam dan co-Imam hensem. Suara sedap pulak tu. Muda lagi, bukan ayam tua. Hahaa. Aisehh kurang pahala aku. Tapi nasib baik pegi terawih tak pakai glasses. So, eyesight kureng la sket. Kalau tidak memang kerja menghendap tak sudah. Malam ni, nak pergi terawih pakai glasses boleh tak? XD
Korang pergi terawih ada tak Imam yang muda lagi hensem ? :P
Dahla tu. Daripada buang masa menghadap komputer baik pegi beribadat buat pahala.
Wassalam,
No comments:
Post a Comment