Akhirnya. Segala-galanya jelas dan nyata sekarang.
Tak perlu lagi nak pening-pening kepala, tak perlu fikir banyak-banyak dan tak perlu menyusahkan siapa-siapa.
Kadang-kadang rasa macam diri ini sangat tidak bersyukur. Selalu rasa tidak puas hati dengan apa yang ada dan apa yang diperoleh. Biarpun benda tu sebenarnya diri sendiri yang minta.
Tidak faham apa yang saya maksudkan?
Senang cerita, saya telah mendapat apa yang saya harapkan, tetapi pada masa yang sama, ada sedikit rasa kecewa yang timbul di jiwa.
Tetapi jika difikirkan, kalaulah yang berlaku adalah sebaliknya, lagi panjang kisah yang sudah berjela-jela episodnya ini. Sebab perkara ini melibatkan orang lain yang sebenarnya langsung tidak mahu dikaitkan bersama.
Masih tidak mengerti? Jika anda bernasib baik mungkin saya akan kongsi hal ini bersama anda secara privasi. Mungkin juga tidak.
Terima kasih Tuhan. Terima kasih kerana memakbulkan doa hambamu yang hina-dina ini.
Maaf kerana memutarbelitkan fikiran kalian. Dan maaf juga kerana Bahasa Melayu saya yang tunggang-langgang.
"Adapt yourself to the things among which your lot has been cast and love sincerely the fellow creatures with whom destiny has ordained that you shall live."
-Marcus Aurelius-
Sekian,
No comments:
Post a Comment