A place where the writer pours out her real thoughts on various matters, in which she doesn't need to pretend being someone she's not.
Saturday, May 16, 2009
Perkhemahan Badan Beruniform Tingkatan 1 2009 (Bahagian 1)
AMARAN: POST INI SANGAT-SANGAT PANJANG. SEKIRANYA ANDA INGIN MEMBACA POST INI, SILA PASTIKAN ANDA TIDAK MENGANTUK. HARAP MAKLUM.
Arahan daripada pemilik blog ini.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
12 Mei 2009
Kami sampai di Pusat Kokurikulum Tangok lebih kurang pukul 11.00 pagi rasenye. Rupa-rupanya, tempat kitorang camping ni btol-btol terletak kat depan SMK Dato' Perdana. Teringat pulak kat Najihah. Lepas letak bag semue kitorang pun berkumpul la kat Dewan Sri Tangok. Pastu, kitorang dibahagikan kepada kumpulan untuk khemah. Saya, Syahida, Umi and Athirah dalam satu kumpulan. Lepas tu jurulatih kat situ buat demo cara-cara nak dirikan khemah. Pastu kitorang pun pegi amek khemah masing-masing and pegi ke tapak perkhemahan. Then, kitorang pun pasang la khemah seperti yang diajar oleh jurulatih tadi.
Lepas pasang khemah, we had our lunch. If i'm not mistaken, lauk hari tu ayam pedas rasenye. Diorang bagi macam nasi bungkus gitu. To my point of view, lauk tu best jugak. Memang licin ah pembungkus nasi tu saya makan. Hahaha. Tapi ade jugak orang yang makan tak habis lepas tu diorang bungkus balik and then nasi diorang tu bersemadi lah dalam tong sampah.
After lunch, kitorang pegi balik kat dewan. Ingat kan ape, rupenye jurulatih tu nak kutip semue barang-barang kitorang yang diorang rase tak diperlukan. For instance, sikat, makanan, sabun, shampoo, deodorant, pencuci muka and etcetera. Benda-benda yang dibenarkan ada dalam khemah ialah, toothbrush, toothpaste, pakaian, pad, bantal, selimut, botol air dan barang-barang lain yang sangat-sangat penting. Mase diorang cakap makanan tak boleh ada dalam khemah kan, I was totally like, huh?! WTF? aku susoh-susoh doh beli sekuk feveret aku. Tapi mestilah ada sebab diorang buat macam tu.. Sebab diorang nak kutip sabun, shampoo, pencuci muka, sikat dan yang sewaktu dengannya tu sebab diorang nak jimatkan masa.. Kalau makanan pulak, diorang taknak la binatang-binatang masuk dalam khemah kitorang. Mula-mula semut masuk, pastu lipan pun datang la nak makan semut, pastu tikus, pastu ular dan sebagainya. Kita kan belajar food chain dalam subject Science... Haishh... nak buat macam mana? Sabar je la.. Bukannya diorang saje-saje nak dera kita pun..
Lepas solat Asar, kitorang minum petang lepas solat Maghrib and solat Isya'. Antara solat Maghrib and Solat Isya' tu ada ceramah sket daripada Ustaz Sayyidi yang sangat jovial. Memandangkan saya uzur, saya duduk je la kat belakang musalla bersama teman-teman yang laen. Kadang-kadang tu, tersengguk jugak. Hehehehe.
Malam tu, korang tahu tak aktiviti ape yang diorang buat? Hehe. Mestila korang tak tahu kan. Diorang buat Permainan Burung Hantu! Ya Allahu Rabbi. Memang semue orang takut gile ah. Saye pun sama. Naseb baik tak keluar air mata je. Eeeee... Penakut btol la.. Iman pun lemah.. Jurulatih tu kan, cakap macam ni ah:
Kumpulan A sayo nok letok kat kubur lamo. Kumpulan B kat kubur baru. Nati kalu awak terpegey batu nisan awok jange nepek sudohla.. Sayo takut penghuni situ tok suko jah. Pahtu, kalu awok nok baco ayat gapo-gapo pong, jange baco deghah. Takuk ado ore tok suko dengar. Baco dale hati jah. Jange bunyi soro. Pahtu awk jange gerok mano-mano. Duduk diam situ. Kalu awok gerok so depa pong, sayo takuk para jurulatih tok jupo cari awok. Doh la tengoh male buto gini. Jarak awok nga saing-saing awok hok laen adolah lebih kurey 100 meter sore. Awak akan ditinggalkan dale hutey tu lebih kure 3, 4 jam gitulah. Bilo awok sapa sano nati, para jurulatih akan 'makan' awok sore demi sore.
Lebih kurang macam tu ah dia cakap. Ada lagi rasenye tapi saya tak ingat sangat. The worst part was when we were all blindfolded. Kitorang dibahagikan lagi kepada beberapa kumpulan kecil. Setiap kumpulan beratur dalam satu barisan. Saye duduk belakang skali okay! Kitorang disuruh memegang baju rakan di hadapan erat-erat. Jangan sampai terlepas. Saya bukan pegang pun, saya ramas. Hehehehe. Dasar penakut! After that, kitorang pun jalan la perlahan-perlahan ikut orang depan. Mase tengah jalan tu kan, memang tak berhenti lah bace ayat-ayat suci. Saye bace ayat 1000 dinar nga ayat kursi je. Nak bace surah-surah tak bleh.. Apakan daya.. Bila kitorang sampai di destinasi, (kejap gile jalan!) memang saya dah tahu dah kitorang ada kat mane.. Kubur? Tak lah! Diorang tipu je.. Sayelah orang pertama yang jurulatih tu tarik sebab saye duduk blakang skali. Yang tarik saya tu pompuan pastu dia muda lagi. So, saya panggil la di 'Kak'.
*Dengan lemah-lembutnya* Adik, pegey kayu nih.
*Buat-buat tak dengar dan mengemaskan ramasan baju rakan kat depan. Ape la akak ni, aku bukannya nampak pun kayu tu*
*Mencapai tangan si budak degil dan meletakkanya di kayu yang dipegangnya* Adik ikut kak deh..
*Mengalah dan mengikut akak tersebut* Kak, lamo ko kak? *Dengan nada yang takut dan khuatir*
*Ketawa perlahan* Dok eh.. Kejap jah.
Kak, sayo tokleh ko baco kuat ayat-ayat?
Eh tokleh. Takuk ore sini tok suko dengar.
-Sampai di destinasi-
Kak, sayo duduk buleh?
Eh, tokleh. Awok keno diri.
Takpolah adik duduk. [suara yang tidak dikenali]
Lalu, mereka pun berlalu pergi...
Ya Allah, lawak gile ah lepas diorang pegi tuh. Saya bleh dengar suara akak tu cakap, 'Adik, pegey kayu nih' kat orang laen. Apela diorang ni.. Semue benda nak tipu. Kononya nak letak kat tanah perkuburan la, jarak 100 meter sorang la.. Semuenye dusta semata-mata. Pastu kan, korang tahu tak, saya dengar orang buat announcement kat SMK Dato' Perdana! Dah la banyak gile announcement diorang buat.
'Perhatian kepada semue ahli nasyid sekolah, sila berkumpul di....'
'Perhatian kepada ..... sila hantar karya Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris ke meja....'
Ada banyak lagi sebenarnye. Tapi saya dah tak ingat. Hehehehe. Lepas tu, mula la jurulatih-jurulatih kat situ nak kenakan kitorang. Buat bunyi orang tengah heret kaki la, bunyi benda-benda jatuh la. Bunyi-bunyi menakutkan yang sebenarnye tak menakutkan langsung pun ada. Ya Allah, memang aku nak tergelak ah mase tu. Tapi kan, ade jugak makhluk Allah (kawan saya) ni yang terpanggil-panggil nama mak la, yang terjerit-jerit pun ada. Saye pun macam, saye yang tadi takut gile pun boleh sampai nak tergelak-gelak. Diorang ni terjerit-jerit pulak. Haishh... Ntah pape la.. Tapi perasaan takut tu bukannya takde langsung. Selepas lebih kurang 20 minit (hek eleh. Tadi cakap 3-4 jam) , kedengaran bunyi suara seorang jurulatih,
Baiklah, sekarang saya nak awok semo bukok ikatan mato awok.
*teragak-agak untuk bukak sebab tak yakin tu suara jurulatih. Hahaha*
Bukok ikatan mato awok skare *nada tegas*
*ikut arahan*
Jange bukok mato lagi. Tengok bowoh.
*ikut arahan*
Okay, skare sayo nok awok bukok mato perlahan-lahan pahtu tengok sekeliling awok.
*ikut arahan. Nampak sesuatu di sekeliling. Aik? kubur ke? Kelip-kelip mata. Eh, kepala orang lah... *
Skare, maghi kat cahaya lampu nih.
*ikut arahan. Mengalami kesulitan untuk bangun sebab kekejangan kaki*
Sebenarnye korang kan, kalau kitorang depakan tangan, boleh tersentuh kawan-kawan kitorang yang laen... =.='
Kemudian, kitorang berkumpul balik kat dewan. Jurulatih tu cakap-cakap sket pastu kitorang pun pegi lah masuk tido lebih kurang pukul 2.00 pagi.
Bersambung...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
hahahahah lawakk !
post paling interesting setakat ini.
kehkehkeh
i slept during my burung hantu session when i went camping...LOL.
'Dik..dik ok ke? Ape perasaan adik sekarang..?'
'.......ngantuk.'
wakakakaka
dd meme bena nok tido
tapi tokde jenero sbb meta llajok
weeheehee.. lawok ku yah yana. I too slept during my burung hantu session. sek sek facilitators tension. siak announce lagi ado ore tido :)
hye..dide...
p0st hebats
Post a Comment