Warning: This post is wayy longer than the previous episode. You are welcomed to leave this blog A.S.A.P if you are not interested to read.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
13 Mei 2009
Bangun tido. Gosok gigi. Mandi. Tukar pakaian. Exercise. Breakfast.
Lepas tu Kumpulan A diarahkan supaya berada di dewan manakala Kumpulan B pulak diarahkan supaya pegi ke tasik untuk aktiviti air. Oleh sebab saye berade dalam Kumpulan A, saye pun terpakse la duduk dewan. Ingat kan nak buat ape, rupe-rupenye diorang nak tunjuk demo CPR. Diorang suruh kitorang try buat kat patung yang dikhaskan untuk CPR. Ade la segelintir yang ingin mencuba tapi saye tak termasuk la. Hehehe.
Lepas minum pagi, tibalah giliran Kumpulan A pulak untuk aktiviti air. Yay!!! Inilah saat yang ku tunggu-tunggu. So, kitorang pun pegi la kat tasik tu. Pegi bagi speck kat jurulatih. Pastu pakai safety jacket and tanggalkan kasut. ya Allah, sesak nafas aku pakai jaket tu. Nak buat macam mane, keselamatan punye pasal. Mase nak masuk dalam air lah part yang paling best. Kami disuruh berdiri membelakangi tasik tu. Pastu jatuhkan diri ke dalam air tanpa membengkokkan lutut. Do u guys get what i mean? hehe. Bagi saye la best. Kalau orang laen tak tahula. Sebab ade orang tu sampai tertelan air la, masuk air dalam hidung la. Tapi saye tak. Pastu saye pun cuba la nak berenang. Mula-mula tu saye berenang tak ikut cara yang sepatutnya. Hampir tenggelam dibuatnye. Pastu jurulatih tu pun suruh lah saye baring. Mase saye tengah cuba nak baring tu, entah la beruk mane pegi bergantung kat saye. Nasib baek tak lemas tau! Padan muke kena marah dengan jurulatih tu. Dahla lepas tu ade 2 orang lagi beruk buat bende same kat saye. Memang tak gune betol la diorang nih. Selfish. Tak hiraukan keselamatan orang laen. Yang penting diorang je yang selamat. Perbuatan mereka yang mementingkan diri sendiri tu lah yang melambatkan pergerakan saye. Lepas dah takde gangguan saye pun pergi la ke destinasi seterusnye iaitu ke jurulatih yang akan menguji kita dengan melakukan Water Confidence. Sebenarnye, ramai orang yang melarikan diri sebab takut. Tapi bukan saye. Saye tutup hidung and tahan nafas lepas tu jurulatih tu pun terbalikkan saye ke dalam air. Subhanallah, saye rase tenang sangat mase berada dalam air. Apabila saye timbul di atas permukaan air, jurulatih tu tanya la saye,
" Macam mane? Seronok tak?"
Saye pun tunjuklah kat jurulatih tu two thumbs up sebagai tanda saye mengiakan soalan jurulatih tu. After that, saye meneruskan perjalanan saye untuk naik ke darat semula pula. Entah macam mane la saye boleh tersalah jalan.. Saye tersilap lalu kat tempat yang ade banyak rumpai laut. Jurulatih yang ade kat situ pun cakap,
" Ni bakpo masok kebun ore nih?"
"Eh? Sori sori. Saloh jale"
Habis melekat rumpai-rumpai laut yang baju and seluar saye. Lawak btol la. Aktiviti air yang seterusnya ialah... BERKAYAK! So, kitorang semue beratur la nak amek paddle ngan rakit kitorang. Rakit getah. Rakit tu sebenarnye tiub hitam yang macam tayar yang telah dicantumkan. Kitorang naik rakit tu dalam kumpulan. Saye duduk belakang sekali sebelah kanan. Pastu ade sorang yang duduk kat tengah. Orang yang duduk kat tengah tu lah yang bagi arahan kat kitorang. Ya Allah, best gile!
"Okeh, kito nok pusing kaney! Alik kiri, dayung lebih sikik! Alik kaney, bereti smeta!"
Lebih kurang cam tu ah arahannye. Hahaha. Kitorang dayung sampai la kat hujung tasik tu. Fuh, penat jugak sbenarnye. Lepas tu, jurulatih kat situ pun cakap,
"Baiklah, sayo kiro sapa tigo pahtu awok semo keno terjun dale air. SATU! DUA! TIGA!"
SPLASH!!
"Skare ni, awok keno ukah smula naik atah rakit"
Saye pun ape lagi, angkat la kaki nak panjat rakit tu balik. Saye pegang kuat-kuat kat rakit tu dan lepas tu saye dah pun naik balik atas rakit tu. Saye orang pertama yang naik tau! Pastu rakan saye yang duduk kat sebelah saye pun berjaye la naik. Orang yang duduk kat depan saye plak maseh lagi terkial-kial.
"Awok, tulong sayo awok"
Saye dengan angkuhnye berkate,
"Olohla awok ni, sayo naik takdok ore tulong pong."
ROFL. Ya Allah, jahat gile. HAHAHAHHAHA. Beberaoa detik kemudian, kedengaran suara jurulatih kat situ berkate,
"Hok naik doh tu, tulong lah saing awok hok tokleh naik lagi tu.."
Saye pun buat la seperti yang jurulatih tu suruh. Akhirnye, budak kat depan saye tu pun berjaye naik. Lepas semue ahli kumpulan saye berjaye naik ke atas rakit, kitorang pun patah balik ke garisan permulaan.
Lepas semue kumpulan naik atas darat, jurulatih tu suruh pegi simpan paddle ngan rakit. Pastu kitorang pun terus pegi ke dewan makan untuk makan tengah hari..
After lunch, semua ahli kumpulan A termasuk saye pun tergesa-gesa pergi ke bilik air untuk mandi. Maklumlah, air tasik tu bukannye bersih sangat. Boleh dikatakan tak bersih langsung! Memang kesian btol lah kat orang yang tertelan air tasik tu. Yuck!
Lepas mandi, orang-orang yang tak uzur pun pegi la ke musalla untuk solat Zohor. Pastu, kitorang diarahkan untuk berkumpul di dewan. Jurulatih kat situ pun bagi la taklimat pasal aktiviti seterusnye iaitu 'Survival'. Dalam aktiviti ini, kitorang akan dibahagikan kepada groups of 6. Kitorang akan diberikan:
- 1 biji telur
- tepung
- 1/2 ulas bawang besar
- 1 uncang teh
- 3 bekas besi
- 4 ketul lilin
- dapur mini
Lepas tu, kitorang pun pegi la masuk dalam hutan sambil membawa bahan-bahan yang diberikan. Masuk sket je dalam hutan tu, tak banyak. Mula-mula skali kitorang pilih location yang sesuai. Pastu kitorang letak la bahan-bahan tu dengan berhati-hati. Beberapa saat kemudian, kedengaran lah suara jurulatih kat situ,
"Semo ketua kumpulan maghi sini!"
Semue ketua kumpulan pun pergi la. Jurulatih tu cakap diorang akan nyalakan api pastu kitorang pun kene pegi amek api ngan diorang. So, kitorang tak payahla pening-pening kepale fikir macam mane nak nyalakan api. Pegi amek ngan diorang je. Seperti yang diarahkan, ketua kumpulan saye ngan Athifah pun pergi la cari suratkhabar untuk amek api.
Lepas tu dua orang lagi pulak, pegi potong bawang kat jurulatih tu. Tinggal lah saye ngan Najibah kat situ. Saye ngan Najibah pun mulakanlah kerje kami iaitu membuat doh cucur bawang! Hahahahaha. Najibah masukkan air sket pastu saye pun gaul gune tangan yang baru sahaje dibasuh. Pastu, saye pecahkan telur. Saye gaul sampai sebati. Pastu, Najibah masukkan air sedikit demi sedikit. Mase saye tengah gaul doh tu, dua orang yang pegi potong bawang tu pun sampai. Pastu kitorang pun masukkan la hirisan bawang tu ke dalam doh. Tak lama lepas tu, ketua kumpulan ngan Athifah pun datang sambil membawa api. Yes! Akhirnye berjaye jgk diorang bwk api datang sini. Dari tadi lagi asyik padam je api tu.
Sementara saye menggaul doh, yang laen plak jerang air manakala Najibah pulak pegi amek gula dan garam. Lepas Najibah datang bawak gula ngan garam, dia pun masukkan la gula dan garam secukup rase dalam doh cucur bawang. Apabila air dah mendidih, Najibah pun masukkan uncang teh dalam air tu pastu dia masukkan gula. Saye suruh la dia try teh tu tapi dia taknak. Saye pun taknak jugak. Hehe. Doh cucur bawang dah sebati. Skarang, kitorang tengah tunggu minyak panas. Minyak tu jurulatih yang kasi.
Tanpa membuang mase, saye pun amek sket doh cucur bawng dan masukkan ke dalam bekas besi yang berisi minyak itu. Semerbak bau cucur bawang tu. Haha. Saye masukkan lagi sampai penuh bekas besi tu. Rase kelakar pulak masak sambil duduk bersila. Lepas tu, ketua kumpulan pegi amek gelas untuk minum air teh. Apabila cucur bawang dah bertukar menjadi kuning keemasan, salah seorang ahli kumpulan saye pun angkat lah menggunakan dua batang kayu. Angkat lepas tu letak atas daun. Daun yang kitorang guna tu kecik sangat, so salah seorang daripada kitorang pun pegi ke khemah amek kertas. Senang sket kalau letak atas kertas.
Kemudian, datang seorang jurulatih lalu berkata,
"Allah! besa gajoh kayu dio guno!"
Dia berlalu pergi dan kemudian datang kembali membawa sebatang lidi.
"Ambek nih. Ore paka hok besa ni jah. Seney sikik buleh cocok gitu jah. Mikir gak etek.."
Kitorang pun berpaling antara satu sama lain. Kenape kitorang tak terpikir pun eh??
Lepas semue cucur bawang dah siap digoreng, saye dan Najibah pun pegi la basuh bekas besi yang dah digunakan. Lepas basuh bekas besi tu, kitorang letak cucur bawang yang telah digoreng ke dalam bekas tersebut. Lepas tu, ketua kumpulan pun pegi amek sos. Pastu, kitorang pun menjamu selera ramai-ramai. Sedap tau cucur bawang tu! Tengokla air tangan sape... Haha. Tapi masalahnye satu je; air teh. Ya Allah tawar gile! Bak kato ore klate, tawar hebey! Hahaha.
Lepas tu, kitorang pun pegi basuh ape yang patut, kutip sampah and then buang. Apabila semue dah settle, semue orang yang tak uzur pun pegi la ke musalla untuk solat Asar. Lepas solat plak, aktiviti bebas! Ada yang tido, ada yang mandi. Saye plak, borak-borak ngan Auntie, Poh and Faizah.
Lepas tu dinner. Then solat Maghrib, kuliah Maghrib kejap and continued by solat Isyak.
Aktiviti malam tu plak ialah Kembara Malam.
As usual, we were divided into a few groups. Lined up two by two. Mase tu tengah hujan rintik-rintik, so jurulatih tu gune jalan shortcut je.. Diorang suruh kitorang suluh kat bawah je. Sebab kalau suluh kat tempat laen, kalau nampak bende2 yang kitorang taknak tengok kan susah.. Kitorang jalan dalam barisan. Perasaan takut tu ade la jugak sket-sket. Bila kitorang sampai kat satu tmpat ni, jurulatih tu suruh kitorang berhenti.
"Baiklah! Skare ni sayo nok awok semo tutup lampu suluh masing-masing. Berhenti jale. Sayo nok awok hayati bunyi-bunyi hok awok buleh dengar dale hutey ni."
Ape yang kitorang dengar? Bende biase je.. Ranting patah, guruh, hujan, cengkerik dan sbagainye.. Lepas tu, jurulatih tu suruh kitorang on balik lampu suluh and jalan balik ke dewan.
Bile dah berkumpul balik kat dewan tu, jurulatih tu tanye la ade sape2 tak yang nak berkongsi pengalaman sepanjang berada di perkhemahan ni. Pastu, ade la beberape orang yang sukarela nak cite pengalaman diorang. Sebenarnye, saye pun nak keluar jugak tapi mengantuk sangat. Hahaa.
Lepas tu, kitorang pun pegi dewan makan untuk supper. Lepas bace doa lepas makan, terus balik khemah and tido!
14 Mei 2009
Bangun pagi. Gosok gigi. Tuka pakaian. Exercise. Breakfast.
Lepas tu, kitorang ade raptai untuk majlis penutup. Lepas raptai, minum pagi and then majlis penutup. Perasmian penutup oleh PK KO SMKA Naim Lilbanat. Lepas lunch, kitorang pegi runtuhkan khemah, lipat-lipat, pastu pegi simpan kat dalam stor. Then, kitorang amek balik barang-barang kitorang yang kene kutip. Bila bas sampai, kitorang pun balik!!
TAMAT
-------------------------------------------------------------------------------------------------
In short, the camping trip to me was a wonderful experience which i can never forget. It was full of adventures and exciting activities. I am very grateful because i did not see anything weird and nothing bad happened to me.
hugs xx,
didie.
2 comments:
OMG BESTNYE CAMPING TU ! gah now i wish i am a naimian too! maher bosan gila. bleargh
lulz haha.
tu lah. i pom x sangka skolah agama ada camping cam nie :D
Post a Comment